Pandai makan,pandailah simpan.

on Friday, 2 April 2010

Terus-terang, terlalu banyak tekanan dalam hidup ni. Semakin kita dewasa, semakin banyak masalah yang dihadapi dan perlu difikir.

Di tempat kerja? Ya Allah, Tuhan saja tahu bagaimana rasanya. Pelbagai jenis perangai orang terpaksa kita hadapi. Saya adalah seorang yang selalu bersangka baik kepada semua orang. Macamana buruk kelakuan seseorang, saya selalu cuba berfikir secara positif dan menidakkan kelakuan negatif orang itu.

Keadaan sekeliling betul-betul memaksa saya untuk tidak terlalu mempercayai orang 100% lagi.Kalau kita berkawan, kita mesti pastikan ada 'sempadan' supaya kita tidak terlalu berlebih-lebihan dengan sesorang itu. Di depan kita nampak baik, tapi di belakang?

Saya suka berkongsi apa sahaja dengan kawan. I preferred "sharing", since there is lot of benefits we can gained. I'am supporting sharing behavior. Tetapi, tidak semua perkara kita boleh kongsikan. I'am being forced to agree and to accept that :(

The bottom line is, setiap tindak-tanduk kita, perlakuan, tutur-kata, perlu mempunyai 'batas'. Walau macamana mesra kita dengan orang, kita mesti set satu boundary/border line antara kita dengan orang lain. Saya sangat tidak bersetuju dengan ini, tetapi itulah kenyataannya.

Playsafe kata orang. Sekali lagi saya langsung tidak bersetuju dengan 'playsafe'.

Bila bercakap mengenai sempadan, batasan, limitation, boundary which is saya memang tidak suka perkataan-perkataan ini. Ia seolah-olah menghalang dan menyekat kita untuk terus MARA ke depan.

Politik kalau terlalu berlebihan, seakan-akan memberikan ubat terencat kepada masyarakat kita....Sekadar renungan.

0 comments: