Alahaiii peniaga makanan.....

on Monday, 31 August 2009

Selamat hari merdeka ke 52 tahun. Cuti hujung minggu + merdeka dihabiskan sepenuhnya di kampung. Biasalah, tahun ni kan kira 1st ramadhan yang boleh spent sepenuhnya dengan family, selepas 7 tahun study.

Kerja dekat opis tetap menunggu. Rasa terbeban sungguh dengan penyediaan silibus untuk subjek-subjek baru, 3 subjek: Formal method in software engineering, XML programming dan system design. PLUS, nak kena ikut pulaaaaa standard dari MQA( Malaysian Qualification Agency)...Learning taxanomies la, student learning times la... Buat course content pun dah cukup memeningkan kepala.

Saya notis, banyak subjek-subjek baru yang diperkenalkan tu cukup complicated la; code optimization la, numerical analysis la, immune system la....memang kaw kaw drilled-down courses la. Kadang-kadang saya risau juga, benda-benda macam ni memerlukan penglibatan pakar-pakar khusus untuk membantu.

What to do kan..lagi2 bulan puasa ni, hectic semacam ja rasanya. Stay bujang2 di KK pun kurang sangat keseronokan berbuka n sahur. Lagi2 KK ni, jem sana, jem sini...Balik kerja pun rasa malasssss mo bersesak2 di bazaar ramadan, ngan cari parking lagi, punyalah hazabbbb...

Cakap pasal makanan di bazar ramadan..entahla, bila beli, tekak ni kadang-kadang susah mau telan. makanan kurang rasa lah, kuih nda manis la, air nda best la....macam-macam jak. last2 malas dah mo beli. Same thing bila makan kat kedai, ada jak rasa x kena di lidah...masak sendiri malas + nda pandai sgt. he he, tapi kalo komplen makanan org tu nombor 1 la...

Isunya sekarang ni, kalau sudah tau x pndai masak tu, jangan la ba pi gatal-gatal jual-jual makanan, buka kedai makan etc.....Sepatutnya lesen untuk berniaga makan ni x boleh sebarang boleh dapat la...sah-sah tukang masak main pungut saja, last-last makanan pun cam hampeh.

Perlu ada standardization or garis panduan ka, e.g makanan haruslah bercita rasa, unik, etc etc..N bila pihak berkuasa suda set kan standard baru n keluarkan lesen, diorang kenalah buat pantauan yang berterusan... ni kes mo jaga kualiti juga ba..semua pihak untung; customers puas hati, peniaga untung, kedai makan bley dpt ISO.....contohnya. Ni nda, x payah la rasa masakan dia, dari luar kedai saja saya bley tau tu kedai punya makanan sedap or x, jadi macamana?



0 comments: