PPSMI

on Monday, 9 March 2009

Tertarik dengan berita semalam, 5,000 orang penunjuk perasaan buat kecoh dekat Masjid Negara sabtu lalu berkeras untuk menyerah memorandum menghapuskan PPSMI kepada Yang di-pertuan Agong.

Apa sudah jadi dengan PPSMI sebenarnya? Masih tak habis-habis dengan isu selepas 6 tahun dilaksanakan.

Mempelajari matematik dan sains memerlukan lebih pemahaman. Budak-budak kita, belajar dalam bahasa melayu pun susah nak paham, apa lagi dalam english. Budak-budak yang sememangnya liat nak paham akan bertambah-tambah liatnya dan bertambah kuranglah minatnya. Inilah komplen yang selalu kedengaran dari mulut cikgu-cikgu di sekolah. Sebenarnya di sinilah peranan cikgu. Mereka sepatutnya lebih tahu untuk ’tackle’ masalah ni. Apa guna jadi cikgu kalau tak pandai mengajar dan mendidik?

Bila timbul isu-isu macam ni, masing-masing macam tak nak bertanggungjawab. PM cuma arah isu diselesaikan dengan segera, tak nak isu jadi besar. Sebagai seorang PM, apa sebenarnya pendiriannya terhadap isu ni? Kemudian bila tanya dekat Menteri Pelajaran, oooo ini bukan kuasa Kementerian Pelajaran la, ini kena bawa bincang dekat kabinet la,  kena revise la. Apa pula pendirian Kementerian Pelajaran yang 100% bertanggunjawab terhadap PPSMI? Selama PPSMI dilaksanakan, tak ada apa-apa tindakan ke untuk mengawal-selia pelaksanaan? Bila isu timbul, terus tak tahu nak cakap apa.

Ini namanya pelaksanaan tanpa persediaan. Tak cukup perancangan. Tapi masalahnya, sampai bila nak tunggu orang-orang kita nak bersedia kalau kita tak push?

Idea kita memang bagus-bagus. Kalau boleh, semua benda kita nak implement. Tapi sayangnya “readiness” kita masih belum cukup lagi.  

1 comments:

ajinensem said...

heh.. ko tau ka budak kita masih ada yang tak pandai bahasa melayu apalagi nak ajar matematik dalam bahasa inggeris.. huh