snippets......

on Tuesday, 27 January 2009

Sekarang ni kampus tengah cuti seminggu. Bandaraya “terancang” Shah Alam,walaupunnnnn, sunyi sepi tanpa umat-umat pelajar UiTM. Agak-agak kedai Mamak Hakim yang banyak peminat tu pun boleh gulung tikar kalo UiTM ni tiba-tiba bungkus.Terpaksa la pekerja-pekerja import tu berambus balik Negara asal. We are actually their money generator.

Oklah. Cakap pasal cuti tahun baru cina ni, banyaklah yang ambil kesempatan untuk pegi vacation. Kalau orang-orang sini ni, bolehlah pulang ke kampung. Tapi kami Sabah n Sarawak ni terpaksalah stay saja di Bandaraya berhantu ni. My housemates ada juga yang pegi camping.

Me? Pergi berjalan adalah satu pilihan. Bajet memang tidak mengizinkan. Yuran yang ribu riban + house rental + bills +barang-barang keperluan, nafsu makan yang membuak-buak + kaki yang sikit2 pegi bejalan duduk di kedai kopi + window soping (window la sangat tapi tangan pandai buka window, beli terus) + movie + laundary + bayar insurans motorsikal n roadtax + bla bla bla bla, yang menyebabkan bajet bulan Januari ni sottttt. No provision for any vacation la.

Perbelanjaan cuti dan tak cuti memang berbeza. Kononnya cuti boleh stay di rumah, tapi sebenarnya cuti ni la yang membuatkan kaki ni bertambah gatal pergi berjalan. Berbezalah dengan bukan cuti which we spent masa 10 hari seminggu (orang lain 7 hari) di fakulti, buat kerja + kerja + kerja + kerja, jadi belanja tu kurang skitla. Nasiblah cuti hanya seminggu. Bukannya ada pokok duit pun yang boleh dipetik or duit turun dari langit yang boleh bagi aku makan. Lain cerita la orang2 yang ada scholarships(orang2 pandai) n ada loans yang selagi ada tempat boleh buang duit, mau saja di tabur-tabur.

Tapi biasala, student zaman sekarang ni kan kaya-kaya. Lihat sajala uitm di shah alam ni, semester ni buat pertama kali aku lihat time lunch break jam 1 jalan dalam kampus jemmmmmmm kuat, bersusun ja kreta smpai kolej mawar. Ya la, lunch hour, tapi bekurun-kurun aku di uitm shah alam sampai jadi super senior ni, tak pernah pula aku tengok lunch hour pun jem macam tu? Biasa jem pun waktu2 petang jam 5-6 saja.

Jumlah student bertambah lagi la tu. Kebanyakan pun memiliki kenderaan sampai parking staff pun dirembat. Biasalah, sekarang kan dah ada graduate scheme untuk beli kreta with 0 downpayment, 1 guarantor. Sepatutnya untuk graduated yang baru bekerja, tapi yang sibuk-sibuk pergi kemaruk dengan scheme tu student-student kita yang not graduate ni la ya sampaiiii sesssssakkkkkkkk kampus. Pastu monthly payment, parentsss jugaaaaaaaaa.

Tapi jangan salahkan gak kenapa student-student ni lebih prefer bawa kreta sendiri. Dengan keadaan UiTM Shah Alam yang tak mesra alam untuk berjalan kaki, berbukit-bukit, plus kemudahan pengangkutan yang mengalakkan kepada maksiat. Ehehhehhe. Kenapa maksiat? Sebab kita terpaksa berhimpit-himpit laki dan perempuan, tergesel sana sini. Lagipun bas pun laju-laju, suka buat roller coaster yang menyebabkan ramai yang jatuh tergolek. Tak kurang yang terkepit pintu. Pastu tak kurang jadi si bodoh tunggu bas berkurun-kurun tak sampai-sampai dan macam-macam lagila...Jadi kesimpulannya, jangan salahkan student juga.

Pihak pengurusan? Jangan cakapla. Kita ada banyak kepakaran.contoh, Kita ada Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif yang gah + banyak orang2 pakar walaupunnn, tapi sistem-sistem komputer masih tahap longkang. Kita ada Fakulti Seni Bina dan seni ukur yang mengeluarkan arkitekk maha hebat, tapi bangunan-bangunan yang dibina dalam kampus pun retak situ sana sini. Kepakaran2 yang tidak digunakan orang bilang. Meeting saja beribu-ribu kali, bla bla bla bla bla tapi hasil ntah ke mana. 

Something is actually goes wrong….

 

1 comments:

Anonymous said...

oit oit..cuti dah habis dah...blaja blaja balik... (IMA)