Orang Malaysia sangat terkenal dengan budayanya yang bersopan-santun, berbudi-pekerti dan beradap sopan. To sustain our nice local identity is not easy and become the challenges nowadays.
Orang-orang kita juga sememangnya cukup terkenal dengan sifat kurang kesabaran secara negative, cepat naik angin, suka bercakap kasar serta kurang ajar, kurang beretika dalam beberapa hal, suka membuang masa, malas bekerja dan banyak lagi. Begitu ramai orang yang no manners ni.
Our negative culture, it is very difficult to change. Mengikut kajian, salah satu faktor orang kita tidak sabar secara negative adalah disebabkan faktor cuaca di Negara kita yang panas dan suka memakan makanan yang pedas-pedas.
Tidak perlu jauh dan susah-susah, anda boleh lihat perangai-perangai orang kita semasa memandu di jalan raya. Setahu saya, semua pemandu-pemandu di jalan raya semestinya mempunyai lesen memandu. Untuk mendapatkan lesen memandu tersebut pastinya melalui proses-proses pengajaran secara teori dan praktikal. Kita di ajar untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah, cekap, dan kenal kepada undang-undang.
Tetapi kenapa orang-orang kita tidak mengamalkannya? Research question for you.
Pelbagai enforcement sudah pun dilaksanakan sebagai langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan-raya dan mengurangkan kadar kecederaan semasa kemalangan, yang terbaru memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang kenderaan.
Secara positif, ia adalah satu langkah keselamatan yang baik untuk dilaksanakan. Pihak berwajib kita telah melaksanakan pelbagai langkah positif untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Undang-undang di situ sana sini.
Tetapi jika ’awareness’ di kalangan orang kita untuk mematuhi peraturan masih kurang, semua itu tak akan ke mana. Ini berbalik kepada culture kita sendiri yang sudah sebati di dalam diri.
Para cerdik pandai bertanggungjawab untuk mencari serta mengkaji kaedah-kaedah sesuai, peraturan-peraturan yang paling sesuai untuk dilaksanakan dengan mengambil kira culture sebagai consideration.
Kalau undang-undang yang standardize yang kita guna-pakai masa kini masih tidak mempengaruhi orang-orang kita untuk mematuhi, apakah jenis undang-undang yang boleh digubal yang membolehkan ia benar-benar sesuai dengan culture orang kita? Another research question for you...
As I mentioned before, culture amat sukar untuk diubah. Cara alternative lain adalah dengan mengkaji, explore, serta mencari pendekatan-pendekatan yang boleh disesuai dengan budaya-budaya negative kita. Manalah tahu, jikalau ada pendekatan-pendekatan yang baru serta unik boleh mengubah budaya negative ini kepada positif?
Ini bermakna, ia bukan sahaja menyelesaikan permasalahan yang ada, malah berupaya untuk mengubah serta mendidik orang-orang kita ke arah yang lebih positif.
Kes kemalangan jalan raya yang saya bincangkan di atas, adalah case-study sahaja di mana our negative-culture boleh dilihat. Tidak termasuklah budaya di tempat kerja, di tempat-tempat social, di pusat-pusat pengajian, di alam cyber?
2 comments:
and you think that by implementing safety belt at the passengers seat would make it any less different? to me,its all about self-awareness,..kalau da tau laju tu boleh membawa kepada maut,dah tentu semua org akan memandu pada had laju yg di tetap kan oleh kerajaan,right?..tapi, kalau masih memandu laju and at the same time memakai tali pinggang keledar kat blakang, the result would also be fatal..so its up to ones judgment to foresee the considerable effect on their own actions.
Saya yakin pasti kerajaan buat kajian ke atas setiap undang2 yang dilaksanakan. Memakai tali pinggang penumpang belakang, satu langkah yang bukan untuk mengurangkan kadar kemalangan, tetapi mengurangkan kadar kecederaan. Walaupun mungkin saudara kurang lihat significant, yang pasti adalah sikit.. Pun begitu, I agreed about awareness lah. Memang itu permasalahan yang sy telah bincangkan.
Post a Comment