Kota Kinabalu oh Kota Kinabalu

on Friday, 26 December 2008

Sabah terkenal sebagai sebuah destinasi yang maju di dalam pelancongan. Sepanjang bercuti saya sempat mengunjungi dua buah pusat pelancongan iaitu Kinabalu Pine Resort di Kundasang dan Mimpian Jadi Resort di Tuaran.

Kundasang menurut Wikipedia adalah sebuah kampong yang terletak 6 KM daripada Taman Kinabalu yang terkenal dengan tanaman sayur-sayuran, dan dekat dengan Gunung Kinabalu dan mempunyai pemandangan yang indah. Populasi utama ialah suku kaum dusun dan sedikit kaum cina.

Pun begitu, bagi saya tiada yang lebih indah di Kundasang melainkan merasai suhunya yang sejuk dan segar sepanjang masa. Keaslian dan keunikan tempatnya juga masih terasa. Tidak seperti di tempat-tempat lain yang sibuk dengan pembangunan sana dan sini yang tidak terancang. 

Lihat sajalah Kota Kinabalu sekarang. Sememangnya kelihatan maju dengan pembangunan tetapi apa yang saya lihat, konsep pembangunan yang konon ala-ala KL tu sebenarnya amatlah menyesakkan sehingga menjejaskan keunikan Jesselton. 

Bukanlah anti kepada pembangunan, tetapi pembangunan haruslah terancang, mesra alam dan mengekalkan konsep hijau. Lagi-lagi bila Kota Kinabalu dirancang untuk dijadikan Bandar pusat membeli-belah, maka lagi terserlahlah untuk menjadikan KK ini sebagai KL. Perkembangan positif dari sudut ekonomi tetapi keseimbangan pembangunan perlulah difikirkan juga.

Tidak guna pembangunan bukan main gah dan grand hanya di sebuah tempat, tetapi kemudahan infrastruktur di tempat-tempat lain masih ditahap yang memalukan.

Dan tidak guna juga mempunyai bangunan yang cantik-cantik dan grand jikalau cara pemikiran orang kita yang selalu ke belakang dan negative.  

0 comments: