Majalah Bytes...

on Sunday, 9 November 2008


Muka depan 
Akhirnya, Majalah sulung FTMSK yang dijenamakan sebagai Bytes telah sedia untuk tatapan pembaca khususnya warga FTMSK. Mengikut penjadualan, majalah ini sepatutnya dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan julai lalu tetapi atas beberapa masalah yang berlaku di peringkat tertentu, majalah ini hanya dapat dikeluarkan pada bulan ini.

Saya adalah salah seorang AJK yang bertanggungjawab untuk menerbitkan majalah ini. Tugas saya sebagai wartawan hanyalah untuk mencari bahan-bahan berita berkaitan FTMSK dan kemudian menyerah bahan berita kepada pengumpul maklumat. 

Walau bagaimana pun, tugas untuk mengumpul maklumat seperti itu tidaklah sesusah mana. Kesusahan terletak kepada orang yang terakhir yang bertanggungjawab untuk “finalize” sebelum ia dihantar untuk dicetak. Mereka-mereka yang terlibat untuk finalize termasuklah Zul yang bertanggungjawab 100% atas design majalah ini dan juga Fahmi sebagai Ketua Editor yang terpaksa membuat proses-proses terakhir sebelum ia dibenar untuk publikasi di FTMSK. Tidak tahulah berapa kali mereka ini terpaksa membuat pembetulan ke atas kesalahan yang dilakukan selepas dikomen oleh orang-orang atasan.

Zul Yang sedang sibuk melakukan final inspection 

Kepada semua warga FTMSK, jangan lupa untuk mendapatkan ‘your personal copy’ of Bytes. Ia adalah percuma.

 

1 comments:

ixora said...

ble cuti..? balik ble..?