Posted by
sam
on
Sunday, 26 October 2008

Sejak kecil, kita telah dididik dengan pelbagai ilmu dari sekolah rendah kemudian ke sekolah menengah dan kemudian di peringkat universiti. Kita lebih diajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa ujian ataupun peperiksaan berbanding mendalami ilmu itu sendiri.
Budaya menghafal nota, meramal soalan-soalan peperiksaan dan yang sewaktu dengannya hanyalah bertujuan untuk lulus peperiksaan ataupun mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa peperiksaan.
Budaya inilah yang diterapkan kepada kita sejak dahulu dan juga kepada pelajar-pelajar masa kini. Sikap-sikap ini menular serta terbawa-bawa ke universiti sehingga kita tidak sedar budaya ini telah menghapuskan budaya menuntut ilmu dikalangan pelajar.
Tuntutlah ilmu sepanjang masa. Belajar bukan hanya di sekolah dan di universiti kemudian titik noktah apabila tamat pengajian. Ia proses yang dilakukan sepanjang hayat.
Sudah sampai masa sistem pendidikan di Negara melakukan suatu perubahan agar budaya mementingkan ilmu diterapkan sekuat-kuatnya kepada generasi baru kita, bukan hanya mengajar untuk menjawab soalan-soalan ramalan, melatih-tubi berbuku-buku semata-mata untuk medapatkan 20A ataupun sebanyak mana A di dalam peperiksaan.
Study is all about research, not only to pass the examination. Mengkaji, mengkaji, mengkaji serta mendalami pelbagai ilmu.
Set in our mind that great scholars do not solve problems but they create them.
1 comments:
Apa MIRZA tu? Xtau apa2. Xpernah dgr pun. Heheh:P
Ka sy ketinggalan zaman. heheh:-)
Post a Comment