updates

on Thursday, 19 November 2009

Lately busy dengan macam-macam benda, dari family matters sampailah hal-hal kerja. Selalu juga terfikir mau update blog tapi nothing to share sangat. Sekarang ni students tengah busy ngan final exam, jadi we are so busy dengan hal-hal management la such as menguruskan pelajar yang mau pegi praktikal, menyiapkan paper work untuk masters coursework punya program, proposal untuk website latihan industri dan MQA documentation yang nda habis-habis.

Dan baru-baru ni ada memo checklist untuk fail meja. Ingatkan lecturer lain sebelum ni ada buat benda alah ni, konon bolehlah pegi cetak rompak. Tapi rupa-rupanya diorang pun nda pernah buat n nda tau pun norma-norma kerja diorang selama ni. Macamana tu..Disamping tu prepare teaching untuk semester depan; Artificial Intelligent, Database dan web technology kena prepare. Cakap pasal AI ni, ntahlah....terpaksalah. Buat-buat pandai sajalah, walaupun....

Bulan lepas pegi konvo. Macam biasalah. Tahniahlah kepada semua classmate masters dulu, semua sudah kerja. Ina kerja Pegawai IT, Ima, Lin and shima lecturer office management UiTM,Pak arab2 dengan berjayanya berambus ke tanah air diorang. Kaya bah diorang tu.




Thanks juga kepada lecturer2 masa masters dulu; terlalu banyak diorang share knowledge, and experinces. Dr.Fariza (the best supervisor in the world), Dr.Laila, en.Azizian, dr.Wan Adilah, Dr.Isa, Datin dr.Habibah, Prof. Hanafiah....Huh, beruntung betul FTMSK dapat lecturer2 macam ni. They are the real acedemician la...They taught us how to appreciate knowledge and exposing many research approaches in their teaching. Thank you so much.



some updates

on Thursday, 8 October 2009

Wahhhhh sudah lama tidak update blog. Semenjak awal ramadhan dulu sampai lah hari raya mo abis. Actually, banyak juga benda n cerita boleh di share, tapi kadang-kadang tu pandai lupa ler...

Oklah, habis cuti raya tempoh hari, at the following weekends (2-4 oct), kami orang, semua lecturer IT di UMS ada retreat untuk meng-dokumentasikan kursus-kursus IT mengikut standard MQA di Nexus Karambunai Resort. Biasalah, sebelum pergi sana, terpaksa prepare semua materials untuk dibincangkan. Jadi, memang sedikit busylah.

A few pictures can be shared (credit to yati daut):







team work

Abis jak retreat ari ahad, keesokan hari terus jak terbang ke KL. Ada urusan 'bagus' di Uitm Shah Alam. Aduhaii, terubat juga rindu ngan shah alam. Setiap sudut di shah alam tu sebenarnya memorable. Ada jak kenangannya.

Minggu depan terbang balik ke KL untuk konvokesyen. Berapa banyak konvo daaa....he he he he. Biasalah, bila sudah hujung2 tahun tu banyak pegi holiday jak.


Alahaiii peniaga makanan.....

on Monday, 31 August 2009

Selamat hari merdeka ke 52 tahun. Cuti hujung minggu + merdeka dihabiskan sepenuhnya di kampung. Biasalah, tahun ni kan kira 1st ramadhan yang boleh spent sepenuhnya dengan family, selepas 7 tahun study.

Kerja dekat opis tetap menunggu. Rasa terbeban sungguh dengan penyediaan silibus untuk subjek-subjek baru, 3 subjek: Formal method in software engineering, XML programming dan system design. PLUS, nak kena ikut pulaaaaa standard dari MQA( Malaysian Qualification Agency)...Learning taxanomies la, student learning times la... Buat course content pun dah cukup memeningkan kepala.

Saya notis, banyak subjek-subjek baru yang diperkenalkan tu cukup complicated la; code optimization la, numerical analysis la, immune system la....memang kaw kaw drilled-down courses la. Kadang-kadang saya risau juga, benda-benda macam ni memerlukan penglibatan pakar-pakar khusus untuk membantu.

What to do kan..lagi2 bulan puasa ni, hectic semacam ja rasanya. Stay bujang2 di KK pun kurang sangat keseronokan berbuka n sahur. Lagi2 KK ni, jem sana, jem sini...Balik kerja pun rasa malasssss mo bersesak2 di bazaar ramadan, ngan cari parking lagi, punyalah hazabbbb...

Cakap pasal makanan di bazar ramadan..entahla, bila beli, tekak ni kadang-kadang susah mau telan. makanan kurang rasa lah, kuih nda manis la, air nda best la....macam-macam jak. last2 malas dah mo beli. Same thing bila makan kat kedai, ada jak rasa x kena di lidah...masak sendiri malas + nda pandai sgt. he he, tapi kalo komplen makanan org tu nombor 1 la...

Isunya sekarang ni, kalau sudah tau x pndai masak tu, jangan la ba pi gatal-gatal jual-jual makanan, buka kedai makan etc.....Sepatutnya lesen untuk berniaga makan ni x boleh sebarang boleh dapat la...sah-sah tukang masak main pungut saja, last-last makanan pun cam hampeh.

Perlu ada standardization or garis panduan ka, e.g makanan haruslah bercita rasa, unik, etc etc..N bila pihak berkuasa suda set kan standard baru n keluarkan lesen, diorang kenalah buat pantauan yang berterusan... ni kes mo jaga kualiti juga ba..semua pihak untung; customers puas hati, peniaga untung, kedai makan bley dpt ISO.....contohnya. Ni nda, x payah la rasa masakan dia, dari luar kedai saja saya bley tau tu kedai punya makanan sedap or x, jadi macamana?